TuJu Highway Navigation Apps
Mengenali TuJu Highway Navigation Apps
Selamat datang ke TuJu – "Teman Perjalanan Anda" bagi menerokai lebuh raya di Semenanjung Malaysia dengan pengalaman yang baharu. Sama ada anda memulakan perjalanan jauh, berulang-alik, atau sekadar ingin mengetahui keadaan jalan semasa, TuJu menyediakan maklumat penting di hujung jari anda.
Dengan TuJu, anda mendapat akses kepada rangkaian sumber data yang komprehensif dan digabungkan dengan teliti untuk memastikan ketepatan serta kebolehpercayaan. Sumber-sumber ini merangkumi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), pengendali lebuh raya, sumbangan komuniti yang disahkan, serta data terkini daripada peranti pintar. Gabungan ini memastikan anda menerima kemas kini aliran trafik semasa, membantu anda membuat keputusan yang tepat tentang laluan lebuh raya serta merancang perjalanan anda.
TuJu juga bukan sekadar mengemas kini info aliran trafik, ianya juga menerangkan lokasi kawasan rehat, stesen minyak, stesen pengecas EV atau pilihan tempat makan sepanjang laluan anda. TuJu juga membantu menyediakan perkhidmatan kecemasan (no talian konsesi, no talian insurans, no talian kecemasan) serta kemudahan - kemudahan yang lain pada masa akan datang. TuJu juga menyediakan pautan bersama MyJalan bagi memudahkan pengguna melaporkan seberang kerosakan jalan raya, lampu isyarat dan kerosakan yang lain. TuJu berfungsi sebagai sumber informasi dan direktori lebuh raya anda, memudahkan pencarian maklumat untuk menjadikan perjalanan lebih selamat, mudah dan menyenangkan.
Keistimewaan TuJu terletak pada komitmen pasukan kami untuk berterusan melakukan penambahbaikan. Pasukan kami sentiasa mengemas kini dan menyediakan perkhidmatan agar aplikasi ini kekal sebagai "Teman Perjalanan Anda" di lebuh raya.
Ciri-Ciri Utama TuJu Highway Navigation Apps
TuJu Highway Navigation Apps mengandungi pelbagai ciri-ciri moden yang akan membantu memudahkan pengguna ketika menyelusuri lebuh raya. Ciri-ciri ini termasuk aspek kemampanan, keyakinan dan kesejahteraan dalam 6 nilai teras "Malaysia Madani".









